Blogger Templates

Tuesday, 1 January 2013

::Pesan mak saya::


Bismillahirahmanirahim..


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” Rasulullah bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)

Taati ibu jika mahu syurga..
.

Yes..!! Taati insan bergelar ibu jika inginkan syurga.



Islam sendiri begitu mementingkan hak seorang ibu lebih dari ayah. Hal ini kerana pengorbanan yang besar yang dilakukan oleh si ibu terhadap anak-anaknya.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


So, untuk menjadi yang solehah, I must obey my mum. Dan..yang lebih bertuah lagi, dilla ada seorang mak yang tersangat la 'garang'. Mak yang gemar mengisi masa lapangnya dengan pelbagai leteran dan pesan. Antara pesan my mum adalah seperti berikut :

1) Jangan tidur lepas subuh masa kat kolej.
2) Jangan tidur lepas asar
3) Jangan gelak kuat-kuat, suka sangat masa keluar dengan kawan-kawan
4) Jangan tidur lambat malam-malam
5) Jangan makan meggi
6) Jangan senyum kat orang laki masa kat luar rumah
7) Jangan menyanyi lagu-lagu
..........bla bla bla..

banyak lagi lah jangan tu..serius mak saya sangat garang.

Tapi...

SERIUS SAYA BERSYUKUR DIKURNIAKAN IBU SECARING INI...untuk yang pasal tidur pagi tu, dia larang sebab dia sedar akan keberkatan diwaktu dhuha, jadi tak pernah sekali pun dilla rasa letih terpaksa tinggalkan katil waktu pagi walaupun semua kawan-kawan tidur. Tidur petang? dia sayang anaknya, dia cuma tak mau anaknya jadi gila. kan? tidur malam? dia sebenarnya cuba latih anaknya supaya biasa bangun bertahajud...pasal yang gelak, senyum semua tu sebab anaknya ini perempuan, dia ingin diri ini jadi yang solehah, tidak murah pada pandangan masyarakat dan tidak menarik lelaki. Jangan menyanyi? tak pelik.... :) sebab....dia selalu kata pada dilla, baik berzikir, selawat, mengaji dari menyanyi yang lagha.....lihat...dia inginkan aku sentiasa membasahkan bibirku dengan zikrullah dan sentiasa ingat padanya...sungguh... AKU SANGAT BERTUAH MEMILIKINYA.....perkara simple yang selalu dilepas pandang, dia sentiasa menjaganya.


Dia bukan wanita berkerjaya yang ada gelaran Dr., Prof mahupun datuk, cuma wanita biasa, tapi dalam leter dan marahnya, terkandung 1001 hikmah yang dia ingin untuk anak-anaknya......

#Aku rindu sikap garang dan leter ibuku, mungkin aku pernah jahil, tapi semakin membesar makin ku perlu leternya untuk mendewasakanku dan menjadikan aku muslimah yang sempurna...Terima kasih Puan Ruzita :)


* Ya Allah, ampunilah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku kecil...amin...

Monday, 31 December 2012

::itu baru ujian dunia::


Bismillahirahmanirahim...

Minggu exam memang bukan minggu yang 'menarik' untuk diterangkan. Biasanya hal yang berkait rapat dengan exam ialah :

Buku

Nota

Lecture

Soalan spot

Nota kawan......

dan bla bla bla...


Dari Dilla kecik, sampai dah besar ni, exam memang tak pernah habis. Terbayang dulu masa zaman UPSR, PMR, sampai SPM hatta sampai STPM pun asyik-asyik bertemu dengan encik exam. Kepeningan, kekalutan, ketakutan, ketidakcernaan, keletihan segala macam perasaan ada. Tapi exam ni takkan pernah habis hatta sampailah kita mati satu masa nanti. Didunia, kta selalu kisah akan peperiksaan dunia ini, tapi pernahkah kita ingat akan exam di kubur nanti?

Dilla ingat lagi, masa dilla darjah 4 dulu, ada seorang ustazah dilla cerita tentang soalan dalam kubur. So, diringkaskan cerita, sampai sekarang jawapan bagi soalan yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur nanti masih tersemat kemas dalam tangkai sanubari hati dan jiwa ini. Tapi persoalanya, sejauh mana pun kita hafal jawapanya, adakah kita masih boleh menjawab setiap pertanyaannya??


Dan semuanya bergantung pada amal dan taqwa kita selama mana kita didunia...jika baik isinya, maka baiklah jawapanya, dan sebaliknya jika tidak........

#Moga diri ini mampu memberi hati hanya pada-Nya, terasa berat didada, sukar berubah..payah melawan..putus asa selalu bertandang...Tolonglah kuat....

Huallahulam......

Jika Tiba Satu Masanya Nanti

Bismillillahirahmanirahim...

Jika tiba satu masanya nanti..
Tuhan ambil kembali semua yang dipinjamkanya ini daripada ku...
Jadikan sabar itu pendinding jiwaku..

Jika tiba satu masanya nanti..
Ku hilang upaya untuk melihat kecantikan muka bumi tuhan ini..
Jadikan redha itu teman sejatiku..

Jika tiba satu masanya nanti..
Ku tak berdaya melakukan apa lagi..
Jadikan tabah itu pendampingku...

Jika tiba satu masanya nanti..
kelebihanku ditarik kembali..
Jadikan redha itu sentiasa bersamaku...

Jika tiba satu masanya nanti..
Insan-insan disekelilingku pergi meninggalkanku..
Jadikan kekuatan itu pengubat hatiku..

Jika tiba satu masanya nanti...
Aku tiada apa-apa....
Ku mohon jangan Kau tinggalkan ku..

kerana...

semua yang ku miliki ini, milikMu..

Aku tidak punya apa-apa....

#Jadikan aku solehah agar aku tidak terus jatuh dengan dugaan.....


Monday, 17 December 2012

::Golongan yang masuk neraka tanpa dihisab::


Bismillahirahmanirhim..

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa terdapat enam golongan yang akan masuk ke neraka tanpa perlu dihisab. Siapakah golongan-golongan ini?

Mereka adalah :
1) Kerajaan yang zalim
2) Orang yang fanatik
3) Ketua kampung/pemimpin yang sombong
4) Pedagang/Ahli perniagaan yang khianat
5) Orang kampung yang bodoh
6) Ahli ilmu kerana hasad dengkinya

Mengapa mereka 'terpilih' untuk masuk ke neraka tanpa dihisab?



Kerajaan yang zalim
: Kerajaan yang zalim dan tidak adil akan masuk ke neraka kerana mereka tidak memegang amanah yang diberi.

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fenomena hari ini, jelas menunjukkan bahawa ramai pemimpin khususnya pemimpin Islam yang bersifat tidak adil. Contoh yang mudah, ramai pemimpin sekarang yang amalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan. Maka, golongan inilah yang akan masuk ke neraka tanpa perlu dihisab.

Orang yang fanatik : maksudnya taksub kepada bangsa sendiri. Dalam erti kata mudah, semangat asabiah.

Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Ketua kampung/pemimpin yang sombong
: Sifat sombong sangat ditegah dalam Islam. Ini kerana sombong hanya sifat Allah, bukan manusia, semua yang ada pada kita boleh ditarik bila-bila masa saja.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

Pedagang/Ahli perniagaan yang khianat: Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.

Orang kampung yang kerana kebodohannya: Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya. Dalam erti kata yang mudah, dia tak mahu menuntut ilmu.

Ahli ilmu kerana hasad dengkinya: Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.

Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)


Nauzubillahiminzalik

#Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang di atas dan dipelihara dalam kalangan orang beriman. Amin..


Sunday, 16 December 2012

::Jagalah Allah::


Bismillahirahmanirahim...

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ
[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح وفي رواية غير الترمذي: احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً].

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

Hadis 40 Imam Nawawi, Hadis (19)

Adakah kita selalu menjaga Allah?



Tapi kita selalu mengharapkan penjagaan Allah terhadap kita kan?

Sama-sama kita bermuhasabah diri kembali, selalunya bila gembira kita ingat Allah tak? atau kalau kita dalam uzur syarie, apa je amalan kita terhadap Allah? atau..kita cuma mencari-Nya bilamana kita ditimpa masalah? Kecewa? Hampa? kalau yang terakhir jawapannya, mari kita perbetulkan kembali niat kita(termasuklah yang tulis ni sendiri).



Dilla tekankan lagi sekali, Jagalah Allah, nescaya dia akan selalu menjagamu. Nampak mudah, tapi dalam dunia hari ni, semua ni 'nampak' susah diamalkan oleh semua. Contoh yang mudah, kalau kita gembira, biasanya, kita lebih teruja untuk menceritakannya terhadap orang lain. kan? Tpi cuba kita sama-sama ubah diri kita, bilamana gembira hatta sedih, carilah Allah, kerana keutamaa-Nya jauh lebih penting dari keutamaan manusia.

Malah terdapat hadis lain yang menceritakan perihal ini.


Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

riwayat At Tarmizi.

Jadi, sama-sama kita kenal Allah semasa lapang, pasti Allah akan mengenali kita semasa susah. Bagaimana? Letakkan Allah nombor 1 dihati kita, dijiwa kita, disanubari kita. Hatta Allah sendiri dah berjanji dalam Surah Al Insyirah bahawa setiap kesusahan pasti terdapatnya kemudahan. Lihatlah sayangnya Dia terhadap kita.

Sebenarnya Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita, tapi kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. Perumpamaannya macam " Tarbiah itu segala-galanya, tanpa terbiah segalanya-galanya sia-sia"..Macam tu lah kesnya hubungan kita dengan Allah, tanpa kita, Allah tetap Allah, tapi tanpa Allah, kita bukan kita...


#oleh itu, tetapkan niat, dahulukan Allah, jagalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kita..

::mahu bergurau? bersederhanalah::


Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)



Bismillahirahmanirahim..

Manusia, dari akar kata insan, maksudnya seringkali terlupa. Hatta Islam bersifat universal dan sejagat. Fitrah manusia suka pada perkara-perkara yang mengembirakan, namun kadang-kadang kita seringkali terlepas pandang akan perkara sebaliknya khususnya dalam bergurau.

Ya, gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan kasih sayang dan ukhwah dan perpaduan(berapa banyak dan) DAN yang paling penting dapat ganjaran pahala kerana kita menghiburkan orang lain, NAMUN jika tersalah atau terlebih gurauan pasti akan mengecewakan perasaan orang lain tanpa kita sedar. Oleh itu Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam pergaulan dan gurauan. Begitulah indahnya Islam, mengajar kita erti bersederhana biarpun dalam bergurau senda, sederhana walaupun tika tertawa, tapi, diri sendiri yang sering terleka dan terlupa untuk bersederhana.



Antara adab bergurau senda dalam Islam :

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohilah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlah berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)


#jauhkan kita dari berlebih-lebihan, maka bersederhanalah kita dalam bergurau

Saturday, 15 December 2012

~~hatimu, dirimu~~



Bismillahirahmanirahim..

Pesakit : Doc, saya rasa tak sihat beberapa hari ni.. :(
Doktor : Ok, boleh saya tahu rasa tak sihat macamana tu.
Pesakit : Saya rasa hati saya ni sakit, dah hitam sangat, boleh doc tolong rawat?
Doktor : ?????????

Agak-agak ada tak situasi di atas yang pernah jadi? Yela kita (termasuk dilla sendiri) kalau sakit, demam ke, selesema ke sibuk kelam kabut menapak jauh ke pusat perubatan tu semata-mata nak mintak ubat, tapi pernah tak kita sedar, kita tak pernah buat 'medical chekup' pun pada hati. Bukanlah maksudnya hati kita berpenyakit, tapi sedar tak kita mungkin tersimpan seribu satu sifat mazmumah dalam hati kita ni?



Bangun pagi-pagi, duduk bersembang dengan kawan-kawan mulalah bergosip
"ko tau peah tu kan....$#@#%&$(*&^%$#$*(
satu: Mengumpat, satu titik hitam kat hati

Tengahari masa nak pergi kelas, bas pulak datang lambat, mulalah :
"haish pak cik bas ni, kang aku...$#$^&$*(%## kang taulah"
Dua: satu lagi titik hitam kat hati

Dah sampai kelas, lect ajar, kita tidur kat belakang
Tiga : satu lagi titik hitam kat hati

Mudahnya kita mengumpul titik-titik hitam dihati kita. Sedangkan pada hakikatnya hati ini merupakan segalanya-galanya.

"Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan dengan orang itu"


Bagaimana pulak dengan hati yang mati??

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Maka, bagaimana kita mahu merawat hati ini?

Cara yang mudah, pertama, carilah hati mu dengan MEMBACA AL QURAN, jika engaku tidak menemuinya, BERSOLATLAH, jika engkau masih lagi tidak menemuinya, INGATLAH MATI dan jika engkau masih lagi tidak dapat menemuinya, maka MINTALAH HATI YANG BARU........



# Moga kita terdiri dalam golongan yang berjaya memelihara hati kita, amin..

wuallahualam.....