Blogger Templates

Tuesday, 12 June 2012

::ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKRATUL MAUT::


Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan diwaktu maut



~Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

~Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

~Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

~Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

~Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

~Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

~Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”



wuallahualam..

Sunday, 10 June 2012

::ADA APA PADA KENTUT?::


"ooiii..!! Kentut ye..!! Buat malu je!! Boooo..."



Mungkin inilah kata-kata yang keluar setiap kali ada yang 'terkentut'. Lebih-lebih lagi bagi kaum hawa, kentut merupakan perkataan yang sangat sensitif dalam diri mereka (termasuk juga tuan empunya bolg! macam mahu benamkan muka dalam tanah saja kalau terkentut di khalayak umum) ^_^ tapi sebenarnya, kita tak menyedari, dalam pada kentut di hina, pernahkah kita terfikir tentang manfaatnya? jika tidak, manakan mungkin Allah Azza Wajalla menciptakannya dalam kehidupan seharian manusia. Sedarkah kita, tuhan menciptakan sesuatu dengan rancangan dan fungsi yang tepat, tiada satu pun yang diciptakan dimuka bumi ini sia-sia. Jika kita membuka mata tentang hakikat alam, pastinya kita akan menyedari kekuasaan Allah yang sangat besar biarpun sekali dalam perkara seremeh kentut.

"orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(surah Ali Imran 3:191).

Sedarkah kita tentang hakikat kentut? Semasa kita kentut, atau mungkin lebih manis kalau dilla katakanya sebagai 'buang angin', kita mengeluarkan sejenis gas iaitu hidrogen sulfida. Hidrogen sulfida merupakan sejenis gas yang berada disekeliling manusia yang dihasilkan melalui lambakan sampah sarap dan gunung berapi. Maka tak hairanlah kenapa kentut kita biasanya berbau busuk,kan? bagi manusia pula, penghasilan gas ini dalam tubuh badan adalah disebabkan oleh proses yang berlaku dalam usus besar tubuh badan kita. Gas tersebut adalah hasil daripada proses pencernaan makanan.



Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, gas ini berperanan besar dalam mengatur tekanan darah dan mencegah pembengkakan (anti-inflamasi). Para pengkaji dari Peninsula Medical School dan King College London mendedahkan bahawa gas ini mengatur tekanan darah melalui proses pelonggaran jaringan pembuluh darah dan meningkatkan fleksibiliti pembuluh darah. Kesanya, darah dapat mengalir dengan lancar. Malah, hubungkait antara gas ini bersama gas lain seperti nitrit oksida akan meningkatkan fungsi otak. Maka, hal ini akan memberi kesegaran kepada otak. Kajian juga membuktikan bahawa kentut berfungsi besar dalam sistem saraf, diabetes dan kesihatan manusia



Tuntas, gas kentut, atau lebih tepat yang akan dibicarakan adalah gas hidrogen sulfida, sejak dulu memang dipandang sebelah mata. Hanya sebilangan manusia sahaja yang memikirkan hikmah di sebalik setiap ciptaan-Nya.
Bahkan, di antara manusia ada yang berpaling setelah diperlihatkan tanda kekuasaan Allah.
Oleh hal yang demikian, Allah telah mengingatkan manusia agar tidak berpaling dari tanda kekuasaan-Nya, meski berbau dan dianggap hina seperti hidrogen sulfida.

“Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya.”
(surah Yusuf 12:105).

~Begitulah, setiap yang dicipta oleh-Nya ada hikmahnya yang tersendiri, maka jangan sekali-kali kita menghina setiap kejadian di muka bumi ini.

# Kadang-kadang sesuatu yang kita anggap remeh dan tidak berguna itu, kita renungi hakikat penciptaannya, kita akan mula bersyukur...

wuallahualam...

::SELAGI KITA MAMPU TIDUR::



“Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk
perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al-An’am ayat 96)

::T.I.D.U.R::



Frasa 'tidur' merupakan satu frasa yang dilla sangat minati. ^_^ Hal demikian kerana, dilla tergolong dalam kalangan yang 'mampu' menidurkan diri dilla walau di mana dilla berada dengan begitu efisien sekali. Tapi banyak yang dilla nak ceritakan tentang tidur, yang jauh lebih penting, bilamana tengok sahabat-sahabat dilla yang cukup hebat bab-bab 'tak menidurkan' diri di malam hari, walaupun hakikatnya, dilla pun terjebak sejak akhir-akhir ni bilamana dibebani dengan asingment. Sebenarnya, bila di fikir semula, silap sampai tak tidur tu bukan salah asinggment yang diberi, tapi sebab kemalasan, kelewatan, kesukaan dilla untuk menangguh-nangguhkan kerja. Kan?

“Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : ayat 9-10)

Kredit dilla berikan kepada seseorang yang telah membuka mata dilla tentang pentingnya tidur malam ni (selepas dilla mengalami pening kepala yang kronik dan muntah-muntah akibat tak cukup tidur yang membawa kepada sampainya dilla ke klinik!), barulah terbuka sikit minda yang jumud yang selalu alpa tentang hakikat ciptaan alam ini. Setiap ayat Al Quran yang diturunkan mesti mengandung hikmah tersendiri, maka terfikir dibenak dilla mengapa setiap ayat yang menceritakan pasal malam pasti menyentuh tentang kerehatan(tidur)?

Menurut kajian, hormon melatonin dirembeskan pada waktu malam yang akan membuatkan manusia berasa mengantuk dan keletihan. Ketika tidur, denyutan jantung dan pernafasan berkurangan sekaligus merendahkan tekanan darah. Pada waktu pagi, perembesan hormon ini berhenti dan mendorong untuk manusia untuk bangun dari tidur.



Semasa tidur, otot dan tisu dalam badan akan diperbaiki dan sel-sel mati digantikan secara automatiknya. Ketika tidur juga beberapa bahan kimia juga dirembeskan untuk sistem imunasasi dan tumbesaran. Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak cukup tidur mudah untuk diserang penyakit(macam tuan empunya blog).

Berdasarkan ayat Al-Quran diatas, malam dijadikan untuk beristirehat bukan untuk manusia sahaja, bahkan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah yang aktif di siang hari. Tumbuhan contohnya, bermula dari pagi hari proses fotosintesis bermula dan berkurang menjelang tengah hari, dan sebelah malam tumbuhan juga berehat.

Radiasi dari cahaya matahari mengaktifkan atom dan molekul di atmosfera bumi. Pada malam hari tiada lagi cahaya matahari, menyebabkan tahap tenaga atom dan molekul ini berkurang dan radiasi terhenti.

Merujuk kepada satu bahan yang pernah dilla baca, tidur selepas pukul satu pagi akan menyebabkan kanser kepada wanita. Biarpun ini cuma kajian semata-mata, tetapi bukankah baik untuk kita berjaga-jaga? sebab Islam merupakan petunjuk kepada kehidupan, setiap ciptaan Yang Maha Berkuasa Allah punya hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga malam.



Merujuk blog http://adikkicik.blogspot.com, ia menyatakan bahawa untuk mendapatkan tidur yang betul-betul rehat adalah tidur di dalam keadaan gelap. Di mana beberapa hadis ada menceritakan mengenai perkara ini :

Dari Ibnu Umar, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Janganlah kalian meninggalkan api yang menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari no. 6293)

Dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasululluh bersabda, “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (HR. Bukhari no. 6296 dan Muslim no. 2012)

Demikianlah tinjauan Islam yang menyuruh umatnya untuk mematikan lampu di sekitarnya sebelum pergi tidur. Pada awalnya sunnah-sunnah tersebut dibuat demi keselamatan setiap orang sebagai pencegahan terjadinya kebakaran dan keselamatan diri dari tindakan yang mengundang niat jahat orang lain untuk memasuki rumah tanpa izin penghuninya. Namun ternyata, konsep Islam yang menyuruh tidur dalam keadaan lampu dimatikan ini sejajar dengan hasil penelitian saintifik tentang mekanisma yang sihat hanya terjadi jika seseorang tidur dalam keadaan tersebut. Tidur tanpa lampu dan gelap di waktu malam akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak karana hanya dalam keadaan benar-benar gelaplah tubuh terangsang untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon inilah menyebabkan seseorang menjadi mengantuk di malam hari dan membuat tidur menjadi lelap.

Hormon melatonin (N-acetyl-5-metoksitriptamin) merupakan hormon pengatur utama seluruh hormon yang berfungsi mengatur dan memelihara (sistem jam biologi tubuh yang memegang peranan penting dalam mengatur saat untuk tidur dan bangun). Hormon melatonin sebagian besar dibuat oleh kelenjar pineal dan sebagian kecilnya dibuat di usus dan retina mata. Pengeluaran hormon melatonin dipengaruhi oleh cahaya lingkungan dan akan selalu bertambah banyak jika manusia berada dalam lingkungan yang gelap dan suasana hening namun pengeluarannya akan berkurang oleh rangsangan luar seperti sinar yang terang dan medan elektromagnetik. Contoh medan elektronik ialah datang dari handphone, televisyen dan radio. Makanya kita perlu jauhkan benda-benda ini semasa sedang tidur.



Kadar melatonin secara berangsur-angsur meningkat dan mencapai puncaknya tepat pada waktu tengah malam dan kemudian berangsur-ansur menurun hingga 2/3 malam. Saat tertidur nyenyak, maka tubuh akan fokus bekerja untuk proses perbaikan kerosakan jaringan sel dan mengaktifkan kerja otak menjadi lebih optimal.

Ini merupakan ingatan terutamanya bila mendengar sahabat-sahabat dilla selalu merungut tentang 'roomate' mereka yang suka tidur dengan lampu kalimantang yang terang benderang.

Tuntas, Islam sebenarnya telah lama memberitahu kita mengenai kesihatan tidur di malam hari. Allah telah menetapkan kepada kita supaya berehat di malam hari dari melakukan pekerjaan yang membolehkan kemerosotan sistem badan kita. Demikianlah, Islam agama yang lengkap, sehinggakan aspek tidur pun turut digariskan dalam Islam. Cuma, sebagai manusia, kadangkala kita selalu alpa&seringkali melanggar perintah-Nya.

# tidurlah selagi kita diberi kesempatan kerana tidur itu sebahagian dari nikmat-Nya, sebelum....kita berdepan dengan tidur yang abadi...



Wuallahualam...

Saturday, 9 June 2012

:::TERLALU KECIL BERBANDING SYURGA-NYA DI SANA:::


Firman Allah surah Al’Hajj ayat 46

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Perintah Allah betapa perlunya kita mengembara di seluruh muka bumi-Nya memang mengandungi hikmah tersendiri. Kita digalakkan agar memahami dan seterusnya lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Tetapi, bukan semua insan di muka bumi ini mampu untuk mengembara ke seluruh pelusuk alamnya, termasuklah yang empunya blog ini. Lihat saja sebahagian yang tuhan sediakan tuk hamba-hamba-Nya di dunia ini.











tu baru sikit, ni tengok lagi.....











subhanallah....terlalu cantik sangat-sangat......









lagi.....??? lihat ni.....

















susah tuk dilla gambarkan betapa hati ni bergetar taktala tengok semua gambar-gambar ni. Belum lagi empunya diri sampai ke sana sendiri...subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan semua kejadian.

~~baru sikit tuhan tunjukkan keindahan di dunia, entah macamana indahnya syurga kelak??
*persoalan yang jauh lebih penting, layakkah diri ini untuk syurga tu kelak???
wuallahualam.......

#hati kata ingin sampai ke sana, tapi sebelum tu ada matlamat yang harus di penuhi bila diri ini mampu suatu masa nanti, InsyaAllah...

Friday, 8 June 2012

::wanita yang bergelar ibu::




Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :

Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya
kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang
itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan
kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”




Begitulah besarnya penghormatan Islam buat insan yang bergelar ibu. Semua ini kerana terlampau banyak pengorbanan yang mereka lakukan buat anak-anak, sehinggakan Islam memberikan pelbagai ganjaran terhadap kaum hawa yang bergelar ibu sejak dari bermulanya kandungan di dalam perutnya sehinggalah ke kelahiran anak-anak mereka, iaitu :

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.




- Begitulah Allah mengangkat golongan ibu yang menghargai kehadiran zuriatnya.

Maka, Khas buat mummy ku yang tercinta, terima kasih buat segalanya, entahkan diri ini mampu untuk tidak membalas jasa-jasa mu, terlalu banyak untuk ku coretkan tentang kasih sayang dan pengorbanan mu. semoga diri mu sentiasa dilindungi olh-Nya dunia dan akhirat, mummy............terima kasih....



# Lindungi ibu ku Ya Allah.........

:::LAYAKKAH DIRI INI BERKAHWIN MUDA??


Rasulullah Saw berpesan:”Wahai para pemuda, jika salah seorang dari kalian mempu menikah maka lakukanlah, sebab
menikah itu baik bagi mata kalian dan melindungi yang paling pribadi (farj)” (HR Bukhari dan Muslim) Dengan kata
lain, segerakanlah untuk menikah.



Bismillahirahmanirahim..

Kahwin muda?? persoalan yang ada di benakku pada ketika ini. Tapi hati sangsi, layakkah diri ini untuk menggalas satu tugas yang besar. iya, tugas yang sangat besar, perkahwinan bukan satu bentuk hubungan yang 'main-main'. ia melibatkan amanah yang sangat besar. Bukan melayan suami seperti kawan, tapi melayan suami sebagai segalanya, selagi arahannya tidak melanggar syarak, ia wajib dipenuhi. belum masuk lagi hal tanggungjawab dalam rumahtangga, mana nak sediakan makanan, sedangkan tuan empunya blog ni pun masak pun kadang-kadang masin kadang-kadang tawar, belum difikir hal anak-anak yang bakal lahir. mampu kah perempuan yang manja ni menggalas tanggungjawab sebesar itu kalau memilih untuk berkawin muda?? apa yang jauh lebih penting, mampukah mental ini bersedia untuk bertoleransi dengan si suami dek kerana selalunya wanita ini terlalu keras kepala dan ikut emosi?? banyak persoalan yang bermain kat fikiran. tapi jauh disudut hati, diri ini ingin berkahwin pada ketika ini. Semenjak atuk pergi, ada satu rasa kesunyian dalam keluarga yang dilla rindukan&dilla percaya, ia ada gantinya. Sejak dari dulu, dalam diri ini selalu berharap dapat berkahwin&memiliki anak-anak yang semestinya akan meriuhkan suasana, lagi tambah menyebabkan isu kahwin ni dekat dihati ialah taktala melihat murninya Islam bilamana anak-anak kecil dididik menjadi soleh dan solehah, bijak berpidato, bagaikan dicarik-carik hati ini tuk melahirkan zuriat-zuriat yang mampu memakmurkan bumi Allah ini. Jauh diri ini terus berharap.. tambahan pula, ditambah cerita-cerita enak tentang kelebihan kahwin muda, lantas diri ini tetap berharap moga cepat sampai jodohku..siapa dan bila hanya Dia Yang Mengetahuinya....



semoga hati ini tidak terikut dek trend semata, tapi biarlah ikhlas dari hati..

terlampau banyak kelebihan berkahwin muda buat insan yang mencari redha-Nya :

~Terpelihara dari diri dan agamanya,

~Mendapatkan limpahan rahmat yang lebih dari Allah,

~Mendapatkan ketenangan hati dan ketentraman jiwa

~Bisa berbagi kasih sayang dan cinta kepada yang berhak,

~Terbebas dari fitnah,

~Dicintai Rosulullah SAW, karena telah melaksanakan sunnah beliau dan Rosulullah SAW sendiri pernah bersabda
bahwa Rasulullah sangat senang melihat umatnya yang banyak.






# semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya...

::kelebihan surah yassin::


Bismillahirahmanirahim..

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus......



Sejak berada kat alam universiti ni, jujur dilla jarang membaca yassin lagi, kalau ada pun cuma di malam Jumaat,
tu pun kadang-kadang tersasar jugak. Dengan bebanan assingment, kuiz & exam dikeliling dilla, banyak amalan yang
tak mampu dilla nak penuhi lagi sekarang. Mungkin bunyinya agak klise, tapi tu la hakikat, sebab kadang-kadang
terlampau penat. tapi realitinya, dilla sendiri sedar yang ni semua tak sepatutnya jadi alasan untuk dilla buat
semua ni. tapi resam manusia, salah sendiri tak pernah nampak, asyik salahkan yang lain. tapi dari pengalaman
dilla, surah Yassin sangat banyak kelebihanya. hakikat yang kita sedia maklum, setiap ayat dalam Quran memang
mempunyai hikmah yang besar, macamtu jugak Yassin. bukan mahu berlagak apatah lagi bangga diri, cuma suatu ketika
dulu, semasa masih di bangku persekolahan, dilla amalkan membaca Yassin setiap hari, kalau tak sempat pagi,
petang, ataupun malam. Banyak kemudahan yang Allah beri disetiap hari-hari dilla. Subhanallah...sememangnya kuasa
Allah yang turunkan Al Quran sebagai petunjuk untuk semua kaum manusia. cuma, manusia, khususnya, Umat Islam
sendiri, selalu alpa, lupa dan tinggalkan Al Quran.

kat sini dilla senaraikan kelebihan Yassin :


~Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yasin.

~Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. sesiapa yang
membacanya pada siang hari, nescaya dia akan diberi kemudahan pada hari itu. sesungguhnya Al-Quran diangkat
daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Surah Yasin.

~sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah yasin, nescaya Allah akan meringankan azab
daripada penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan memperolehi kebaikan sebanyak bilangan hurufnya.

~Barangsiapa membaca Surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.

~Barangsiapa membaca Surah Yasin diwaktu pagi maka ia akan berada dalam kegembiraan hingga petang dan siapa
membacanya diwaktu petang maka dia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari beikutnya.

~Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya.

~Apabila orang lapar membaca Surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

~Jika seseorang itu belum kahwin maka akan dipermudahkan jodohnya.

~Apabila seseorang yang sedang berada didalam ketakutan membaca Surah Yasin maka akan hilanglah perasaan takutnya.

~Jika seseorang musafir membaca surah Yasin, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

~Jika seseorang yang sesat lalu membaca surah Yasin, maka dipermudahkan tempat yang ingin ditujunya.

~Jika dibaca surah yasin kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan seksa si mati.

~Jika orang yang sedang dahaga lalu membaca surah Yasin, akan hilang sasa hausnya.

~Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah Malaikat Maut. mereka berdoa
dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang

~Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

~Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, Dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan surah
Tabaroka pada rakaat kedua, allah jadikan setiap setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia
akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.




# kalau saja diri ini bisa jadi lebih baik, aku pilih yang baik, maka permudahkanlah..
wallahualam....

GUNAKAN IA UNTUK KEBAIKAN



PERSOALAN.......

Apakah kegunaan facebook kepada golongan remaja masa kini??





A) Menceritakan perkembangan diri mereka di setiap saat, setiap ketika. sehinggakan seolah-olah kita berada
sungguh dekat dengan diri mereka kerana sentiasa mengupdate bila,dimana,dengan
siapa,aktviti dan pelbagai perkara lagi. Biasanya status yang selalu diupdate terdiri daripada :

-CINTA.
* Terdapat pelbagai tujuan remaja mengepos
sesuatu yang berkaitan cinta, mungkin ada
yang ingin meluahkan perasaan@menujukannya kepada si lelaki mahupun wanita pilihanya, atau ingin menunjuk-
nunjuk pada orang ramai yang konon-kononya mereka merupakan golongan insan yang sedang menikmati kebahagiaan di
muka bumi ini. Maka, terbitlah post yang berbunyi :


aq akan selalu mendoakan kebahagiaan dirimu meskipun dirimu bukan untukku


TQ my bie sebab sudi luangkan masa dengan ayang tadi, i'm really2 hepy for the moment, lepas ni tak
dapat jumpe bie lagi, tak mo noty2 erkk!! sayang bie






-KEADAAN DIRI.
* Mereka yang tergolong dalam kalangan ini sangat-sangat parah. Kadangkala diri ini tertanya-tanya, apa perlunya
mengepos sesuatu yang sangat remeh sehinggakan nak pergi buang air pun perlu dicanang satu dunia! adat manusia
inginkan perhatian, namun caranya agak salah. sehinggakan semuanya perlu diceritakan. Misalnya :

i baru sampai Pavillion neh, ops nak g ladies pulak, tapi ladies tu kotor lah, benci i
tau!!

lapar la petang ni, nak makan ap erk??







B) Memaparkan pelbagai aksi terkini lagi sensasi. hal ini merupakan fungsi kedua fb bagi remaja. bagi yang tidak
menyalahgunakannya, kredit untuk mereka. tapi bagaimana pula dengan yang tidak. segala aktiviti seperti memasak
menjahit menulis menyanyi melepak hatta tidur pun dimuat naik. tambah memburukkan keadaan apabila pelbagai
gambar bersama aksi yang manja, menggoda dan menarik perhatian ramai di letakkan. tambahan lagi, ramai yang
sanggup meluangkan banyak masa untuk mengedit gambar-gambar mereka sehinggakan berubah 360 darjah dari yang
empunya diri. tapi bagaimana pula dengan mata yang melihat? dilla sendiri pernah tergolong dalam kalangan
insan-insan ini, sehinggakan kini terdetik dihati, untuk apa semua itu dipaparkan? adakan diri ini sengaja
menarik perhatian sang adam? dengan aurat yang tak ditutup dengan sempurna, bahang malu sangat terasa kini.







C) Medan pertempuran
,pergaduhan,luahan rasa antara musuh, rakan-rakan yang
bertelingah,pakwe dan makwe. Fb digunakan sebagai alternatif untuk meluahkan rasa geram terhadap pergaduhan
yang dialami. kadangkala, bagi yang mempunyai tahap etika yang tinggi, mereka akan meluahkan dengan penuh
sopan siap ada yang berkias lagi. namun bagi yng memiliki
perbendaharaan kata yang cukup tinggi
,mereka akan menggunakan fb untuk menghentam sesetengah pihak. melaui cara inilah banyak
ukhwah yang terputus dek perasaan tidak puas hati. misalnya :


Tidak ku sangka kau berubah di saat aku memerlukan

kau ingat kau tu bagus sangat...s*** la ko,F***,pegi m***** la kau



...................

# Tuntas, entry ini hanyalah sebagai peringatan kepada diri ini agar selalu gunakan kemudahan yang ada untuk
perkara bermanfaat. kalau betul caranya, FB akan jadi sesuatu yang berguna untuk semua, tapi sebaliknya kalau
tidak.
semoga diri ini bisa melakukannya, biarpun sebenarnya, dilla bukanlah terdiri dalam kalangan muka-muka buku.
amin........



#kalau saja diri ini tak mampu membawa kebaikan, jangan biarkan diri ini membawa keburukan..