Thursday, 29 November 2012
Nilai sebenar pengorbanan
Bismillahirrahmanirahim...
Abu (bukan nama sebenar), seorang lelaki berusia awal 40-an. Bagi Abu, dia telah
memiliki kehidupan yang superb hebat, dia merasakan bahawa hidunya telah lengkap,
masakan tidak, dengan harta yang melimpah ruah, rumah, kereta, pengawal peribadi,
syarikat besar, dia memiliki segala-galanya, tambah manis lagi, namanya sering
terpampang dia dada akhbar kerana sering mendermakan sejumlah wang kepada
mereka yang memerlukan. Kata Abu dalam sebuah wawancaranya bersama sebuah stesyen
televisyen terkemuka :
derma saya tidak seberapa, semua ini adalah pengorbanan saya untuk saudara sesama
Islam kita sendiri...
Pengorbanan...
Semudah itukah nilainya sebuah pengorbanan. Tulisan ini tidak menjurus kepada mana-mana pihak, ianya sekadar renungan dan ingatan bersama. Sesungguhnya nilai sebuah pengorbanan itu sangat subjektif, lebih-lebih lagi untuk agama Islam.
Namun, hari ini, fenomena masyarakat memandang enteng perihal hal-hal berkaitan agama kerap berlaku. Dengan mudah, masyarakat hari ini merasakan mereka sudah berkorban setelah menjalankan solat malam sekali dalam setahun atau menderma RM1 sedangkan harta berkepuk-kepuk. Begitulah resmi alam, kebaikan sendiri yang kecil sering dicanang-canang, keburukan sendiri disimpan-simpan.
Sebenarnya, dalam menilai nilai sebuah pengorbanan, rasanya ada sebuah kisah yang menarik. Ianya tentang kisah Mus'ab Bin Umair. Pemuda yang kaya raya hidupnya, dilimpahi kemewahan, pakaianya terpilih, minyak wanginya sangat mahal dan dia dikurnia wajah yang cukup tampan.
Dia bertuah, dalam keluarga, dia anak yang paling disayangi, ramai wanita tergilakanya. Namun disaat pintu hidayah menyapa dirinya, dia langsung meninggalkan segala kemewahan dan memilih untuk berjihad ke jalan Allah. Biarpun diusir keluarga, namun, pendiriannya tetap jitu.
Cinta Mus'ab pada Allah dan Islam kukuh hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Disaat matinya, dia syahid dijalan Allah, biarpun kedua-dua tanganya telah putus ditetak Quraisy, kuatnya iman mengatasi segalanya. lantas disambut panji Islam dengan kedua belah lengannya hinggalah Mus'ab syahid dihujani tusukan anak panah lawan.
Maka, persoalan mudah, dapatkah kita sekadar berpuas hati dengan amalan yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan seseorang yang bernama Mus'ab Bin Umair?.......
Tepuk dada, tanya iman..
Huallahualam.
Wednesday, 28 November 2012
Tolong ingatkan daku
Bismilahirmahmanirahim.......
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Hidup ini tidak bersendirian, maka, kita amat menerlukan orang-orang disekeliling kita untuk sentiasa memandu kita disaat kita sesat, membantu kita disaat kita buntu, menasihati kita disaat kita lemah...malah dalam Islam sendiri pun menerangkan bahawa manusia sesama Islam wajar ingat-mengingatkan antara satu sama lain..bukan untuk menjatuhkan, cuma sekadar memperbaiki diri.
"sahabat yang baik ialah sahabat yang bila kita memandangnya kita akan mengingati kematian"..sungguh, dilla ingin jadi sepertinya, cuma kadang-kadang dalam membina hablun minannas ni, terkadang lancang bicara, terlebih kata, terkasar gurau senda dilepaskan kepada insan namanya rakan.
Dalam proses memperbaiki diri, banyak sokongan dari luar yang dituntut. Percayalah, tidak mudah untuk berubah, maka, 'angakatan' yang ramai diperlukan untuk membantu diri ini. baik dari famili mahupun rakan taulan, ia sangat memberi sumbangan yang besar.
Dalam menjalani kehidupan, ramai yang ada keutamaan dan kepentingan kehidupan masing-masing yang ada masanya bertepatan dengan Islam, tetapi selalunya, tersasar daripada Islam. Ini berlaku sama ada kita sedar atau pun tidak sedar. Beruntunglah kalau kita sedar atau cepat sedar kerana kita mungkin dapat bertaubat dan membetulkan diri kembali ke jalan yang lurus sebelum ajal kita sampai. Tetapi amat rugilah kita sekiranya ajal kita menjemput kita sebelum kita tersedar atau disedarkan. Sebahagian ulamak mengajarkan bahawa sekiranya ada umat manusia yang tidak mendapat haknya mereka di dunia daripada kita, nescaya mereka berhak menuntutnya daripada kita di akhirat kelak. Justeru, pastikan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebaiknya...dan terkadang dilla mengharapkan kepentingan yang dilla kejar selari dengan tuntutanya, kerana itu, sekali lagi dilla tekankan mengenai 'bantuan' dari sekitar agar menegur andai diri ini tersasar.
Ingatan kita sesama Islam dengan tazkirah dan muhasabah sesama sendiri adalah sebagai tanda kita kasihkan saudara kita dan mahukan yang terbaik buat mereka sebagaimana kita mahu ia berlaku buat diri kita. Tidak sukakan kita kalau orang memberikan kita ilmu, peringatan, tunjukajar bahkan mendoakan kita? Janganlah diharapkan bila mati sahaja baru mahu mendoakan orang atau orang mahu mendoakan kita. Mulakanlah dan manfaatkan setiap umur yang ada semasa hidup dan sebaik sahaja ada peluang dan kesempatan. Baik semasa berhubung atau sebaik sahaja setiap selepas solat semasa kita memanjatkan doa kepada Allah SWT. Sedar atau tidak sedar rahsia berdoa kebaikan untuk umat Islam dan menghindari kejahatan musuh Islam sudah ada dalam qunut yang diajarkan Rasulullah SAW.
Semasa hidup inilah lebih utama kita saling doa-mendoakan, ingat-mengingatkan dan beramal-ibadah bersama-sama dan untuk sesama kita agar masing-masing berkesempatan beramal ibadah dan bertaubat apatah lagi kita ini hanya umat biasa yang tiada ma'sum daripada dosa dan noda. Dan bukankah bersama-sama berjemaah itu juga sudah sabit 27 kali ganda pahalanya pada solat dan keberkatan dan rahmatnya jika berada dalam satu majlis ilmu atau zikir dan doa?
Ingatlah! Orang-orang mukmin itu bersaudara dan senantiasa memperbaiki dan memperelokkan persaudaraan mereka daripada masa ke semasa. Janganlah ada di dalam hati-hati kita ini walau sedikitpun rasa tidak baik yakni niat jahat kepada sesama kita. Walaupun adakalanya kita memandang daripada sudut yang berbeza, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui........
tolong ingatkan daku..
wuallahualam...
Sunday, 18 November 2012
anda perlu bantu kami!
Bismillahirahmanirrahim.....
dengan nama tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang...
hari ini, zaman ni, macam-macam cerita yang tak enak tentang mahluk yang namanya wanita..macam-macam..kalau banyak kes rogol, mulalah ramai yang menunding jari pada yang namanya WANITA, kalau anak terjebak dalam kes sosial, sekali lagi jari ditunding pada yang namanya ibu yang juga bergelar WANITA..
acap kali, wanita yang dipersalahkan...tapi sedarkah ramai tentang peranan yang dimainkan wanita..ye...mungkin hari ini, sebilangan wanita(tapi tak semua)mungkin ada buat kesalahan, mungkin pakaian mereka seksi(dilla pun pernah lalui zaman tu), mungkin mereka terlepas pandang hal sekeliling hingga langgar adab dan tatasusila sebagai wanita muslimah, tapi kaum adam, janganlah kamu menghina mereka, mencaci dan menjatuhkan mereka.. jadikanlah kekhilafan mereka sebagai medan untuk tabligh,berdakwah untuk membawa mereka ke arah yang lebih baik, jadikan mereka wanita solehah...wanita penghuni syurga....
bayangkan saja kalau dirimu mampu membimbing kami ke jalan yang diredhai Allah...?? ganjaran pahala yang menanti kalian..malah lebih manis lagi kalau saja kami kemudianya berjaya mendidik dan membentuk zuriat kami mengikut cara Islam, yang seterusnya anak itu berdiri sebagai mujahid Islam, bukan hanya di medan perang tetapi di lapangan politik, sosial dan membantu membangunkan masyarakat secara umumnya dan negara Islam secara khasnya. :)
ingatkah kalian kisah seorang wanita bernama Khansa??
Khansa.......wanita ini mempunyai 4 orang anak . Dia menatarbiyah anaknya dengan baik . Apabila mendapat seruan jihad, dihantar anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, " Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya ". Tetapi tahukah kalian apa jawapannya?? " Diamlah kalian! sesungguhnya aku menangis kerana aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berjihad ke jalan Allah.".... lihat..betapa hebatnya mahluk benama wanita itu jika dididik dan didedahkan dengan cahaya Islam yang sebenar...
maka, berhentilah menyalahkan wanita...pandulah kami...
buang segala perlambangan,
wanita simbol seks
wanita pisau cukur
wanita membawa malang...
kerana, ciptaan Allah yang namanya WANITA iatu sangat istimewa...... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




