Blogger Templates

Saturday, 15 December 2012

~~hatimu, dirimu~~



Bismillahirahmanirahim..

Pesakit : Doc, saya rasa tak sihat beberapa hari ni.. :(
Doktor : Ok, boleh saya tahu rasa tak sihat macamana tu.
Pesakit : Saya rasa hati saya ni sakit, dah hitam sangat, boleh doc tolong rawat?
Doktor : ?????????

Agak-agak ada tak situasi di atas yang pernah jadi? Yela kita (termasuk dilla sendiri) kalau sakit, demam ke, selesema ke sibuk kelam kabut menapak jauh ke pusat perubatan tu semata-mata nak mintak ubat, tapi pernah tak kita sedar, kita tak pernah buat 'medical chekup' pun pada hati. Bukanlah maksudnya hati kita berpenyakit, tapi sedar tak kita mungkin tersimpan seribu satu sifat mazmumah dalam hati kita ni?



Bangun pagi-pagi, duduk bersembang dengan kawan-kawan mulalah bergosip
"ko tau peah tu kan....$#@#%&$(*&^%$#$*(
satu: Mengumpat, satu titik hitam kat hati

Tengahari masa nak pergi kelas, bas pulak datang lambat, mulalah :
"haish pak cik bas ni, kang aku...$#$^&$*(%## kang taulah"
Dua: satu lagi titik hitam kat hati

Dah sampai kelas, lect ajar, kita tidur kat belakang
Tiga : satu lagi titik hitam kat hati

Mudahnya kita mengumpul titik-titik hitam dihati kita. Sedangkan pada hakikatnya hati ini merupakan segalanya-galanya.

"Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kasihan dengan orang itu"


Bagaimana pulak dengan hati yang mati??

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Maka, bagaimana kita mahu merawat hati ini?

Cara yang mudah, pertama, carilah hati mu dengan MEMBACA AL QURAN, jika engaku tidak menemuinya, BERSOLATLAH, jika engkau masih lagi tidak menemuinya, INGATLAH MATI dan jika engkau masih lagi tidak dapat menemuinya, maka MINTALAH HATI YANG BARU........



# Moga kita terdiri dalam golongan yang berjaya memelihara hati kita, amin..

wuallahualam.....


No comments:

Post a Comment