Monday, 17 December 2012
::Golongan yang masuk neraka tanpa dihisab::
Bismillahirahmanirhim..
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa terdapat enam golongan yang akan masuk ke neraka tanpa perlu dihisab. Siapakah golongan-golongan ini?
Mereka adalah :
1) Kerajaan yang zalim
2) Orang yang fanatik
3) Ketua kampung/pemimpin yang sombong
4) Pedagang/Ahli perniagaan yang khianat
5) Orang kampung yang bodoh
6) Ahli ilmu kerana hasad dengkinya
Mengapa mereka 'terpilih' untuk masuk ke neraka tanpa dihisab?
Kerajaan yang zalim : Kerajaan yang zalim dan tidak adil akan masuk ke neraka kerana mereka tidak memegang amanah yang diberi.
Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Fenomena hari ini, jelas menunjukkan bahawa ramai pemimpin khususnya pemimpin Islam yang bersifat tidak adil. Contoh yang mudah, ramai pemimpin sekarang yang amalkan rasuah dan menyalahgunakan dana kerajaan. Maka, golongan inilah yang akan masuk ke neraka tanpa perlu dihisab.
Orang yang fanatik : maksudnya taksub kepada bangsa sendiri. Dalam erti kata mudah, semangat asabiah.
Nabi S.A.W bersabda maksdnya : "Bukan termasuk kalangan ummatku orang yang mengajak pada asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang berperang atas dasar asabiyah, dan bukan termasuk kalangan umatku orang yang mati atas dasar asabiyah." (Hadis Riwayat Abu Dawud).
Ketua kampung/pemimpin yang sombong: Sifat sombong sangat ditegah dalam Islam. Ini kerana sombong hanya sifat Allah, bukan manusia, semua yang ada pada kita boleh ditarik bila-bila masa saja.
Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Pedagang/Ahli perniagaan yang khianat: Peniaga yang berniaga melakukan penipuan dengan menaikkan harga barang atau menyorok barang keperluan harian tanpa memilirkan kesusahan orang lain adalah dikira berkhianat dan menipu orang ramai.
Orang kampung yang kerana kebodohannya: Orang bodoh yang mempertahankan kejahilannya. Dalam erti kata yang mudah, dia tak mahu menuntut ilmu.
Ahli ilmu kerana hasad dengkinya: Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan dan sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh Iblis laknatullah betapa dia cukup irihati kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucunya.
Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari Qiyamat, lalu dilempar ke Neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)
Nauzubillahiminzalik
#Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang di atas dan dipelihara dalam kalangan orang beriman. Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment