Blogger Templates

Sunday, 16 December 2012

::mahu bergurau? bersederhanalah::


Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)



Bismillahirahmanirahim..

Manusia, dari akar kata insan, maksudnya seringkali terlupa. Hatta Islam bersifat universal dan sejagat. Fitrah manusia suka pada perkara-perkara yang mengembirakan, namun kadang-kadang kita seringkali terlepas pandang akan perkara sebaliknya khususnya dalam bergurau.

Ya, gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan kasih sayang dan ukhwah dan perpaduan(berapa banyak dan) DAN yang paling penting dapat ganjaran pahala kerana kita menghiburkan orang lain, NAMUN jika tersalah atau terlebih gurauan pasti akan mengecewakan perasaan orang lain tanpa kita sedar. Oleh itu Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam pergaulan dan gurauan. Begitulah indahnya Islam, mengajar kita erti bersederhana biarpun dalam bergurau senda, sederhana walaupun tika tertawa, tapi, diri sendiri yang sering terleka dan terlupa untuk bersederhana.



Antara adab bergurau senda dalam Islam :

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohilah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlah berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)


#jauhkan kita dari berlebih-lebihan, maka bersederhanalah kita dalam bergurau

No comments:

Post a Comment