Blogger Templates

Thursday, 19 July 2012

ISTIMEWANYA DIRI MU WANITA!


Sejak azali lagi, kita sedia sedar dan maklum bahawa tumpuan dan kelebihan banyak diberikan kepada kaum adam misalnya mereka tidak perlu merasa sakitnya apabila datangnya haid, saat mengandung dan melahirkan anak. Maka tak hairanlah apabila ada segelintir kaum wanita yang menagmbil enteng perkara ini lantas dijadikan alasan untuk tidak mengikut segala suruhan dan melanggar larangan yang telah digariskan dalam Islam. Contohnya begitu mudah, lihat saja berapa ramai wanita yang menganggap amalan pergaulan bebas sebagai perkara biasa hingga mudah bertepuk tampar dengan bukan mahramnya? bagaimana pula dengan wanita yang enggan menutup aurat disekeliling kita sehinggakan bertudung menjadi perkara 'aneh' dalam kalangan masyarakat? konon-kononya semua ini membuatkan mereka berasa TERKONGKONG??

walhal, jika dikaji semula begitu banyak hikmah yang tuhan berikan buat kita semua yang bergelar wanita........antaranya...

1) Rasulullah sendiri banyak menyatakan hadis tentang wanita, contohnya "syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu". Betapa mulianya seorang yang bergelar wanita hinggakan anggota kaki dikatakan mulia dan letaknya syurga. Mengapa tidak dikatakan tangan? kepala? mahupun badan? jelas menunujukkan Islam memberi kelebihan buat wanita.

2) Wanita memang perlu taat kepada suami, TETAPI lelaki wajib taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah yang bergelar ibu itu wanita?

3) Allah memuliakan bahagian rahim wanita. Perkataan ini diambil daripada nama Allah bermaksud yang Maha Penyayang. Betapa mulianya wanita sehingga Allah menjadikan rahim dalam tubuh wanita dan di dalamnya jualah Allah ciptakan satu nyawa untuknya.

4) Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia akan di doakan oleh semua mahluk di muka bumi ini. Jika dia meninggal dunia kerana melahirkan anak, maka wanita tersebut syahid kecil.

5) Seorang wanita dipertanggungjawabkan oleh empat orang lelaki iaitu suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelaki.

6) Seorang wanita akan mendapat pahala seperti seorang lelaki yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata jika dia taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

7) Haid dan nifas memang menjadikan wanita kurang bersolat berbanding lelaki, namun Allah turunkan pahala solat buat wanita sekiranya mereka bersabar dengan keadaan yang tidak selesa itu. malah seorang wanita yang melahirkan anak, digugurkan dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir dan diberikan pahala solat percuma sepanjang berada dalam keadaan nifas.

8) Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang disukainya dengan hanya empat syarat, iaitu sembahyang lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatanya.........................

Subhanallah.........betapa kasihnya Allah padamu wahai wanita....

1 comment: