Asalamualaikum semua..hari yang indah hari ni walaupun agak memenatkan. kelas sangat penuh,tak sempat nak menjamah makanan dari pagi sampai jam 7 petang,perjalanan yang sangat jauh di dalam kampus,ditambah secukup rasa dengan adegan tolak menolak dan berebut bas yang sangat ekstrem!serius,ini SANGAT MELETIHKAN! untuk pengetahuan semua,kalian mesti pelik,apa wajarnya aku coretkan kisah yang tak seberapa ni kan??
sebenarnya,aku terfikir semasa di kelas tadi,ada seorang dari pensyarah ku yang menceritakan perihal DIARI...soalanya mudah,siapa di antara awak semua ada tulis diari? jawapanya,tiada seorang pun! jawapan yang sangat tak mengejutkan sebenarnya,yela...dalam usia 20 an,mana ada lagi remaja yang nak tulis diari. tak ke kedengaran merepek untuk kami? tp akhirnya pensyarah kami terangkan kepada kami mengapa kami perlu menulis diari.
pertama,diari perlu ditulis dan mesti ditulis untuk memudahkan proses kita untuk menilai diri kita sendiri terutamanya di saat kita tua nanti. mengapa? pensyarah kami menerangkan bahawa bilamana usia kita semakin tua nanti,yang sudah pasti ajal kita semakin dekat,diari tu la antara benda yang kita wajar baca untuk kita mencari di mana salahnya kita. contoh yang mudah,mungkin kita ada terkutuk ke,termengata sesiapa pun misalnya kawan2 kita,mudah untuk kita menyesali silap,seterusnya dapat pergi bertemu dengan mereka untuk memohon ampun. bunyi macam simple,tapi sebenarnya sangat betul...itu baru kes tuk yang terkutuk,belum lagi melibatkan dosa menfitnah,nyata,sekiranya segala perkara yang ditulis itu dicatat dengan teliti didalam diari,kita mampu untuk menilai diri kita kembali.
mengapa kita perlu menulis diari lagi?....akan bersambung di tulisan seterusnya...
wasalam...
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment