Bismillahirmanirahim..
malam tadi dilla mimpi dia lagi..dia,orang yang dilla sayang,allahyarham Mohd Ramli Bin Ismail,atuk dilla. sejak 2 3 minggu ni dilla kerap mimpi arwah,ntah kenapa. Bila dilla ceritakan benda ni pada roomate dilla,dia cuma kata mungkin sebab dilla terlampau fikirkan atuk. mungkin jugak,dilla pun tak pasti. Bila dilla bagitahu kat mak pulak,mak kata mungkin dilla lupa nak sedekahkan al fatihah kat atuk,em...tak jugak,atuk selalu berada di doa dilla dan HATI ni.
Mungkin betul,hati terlampau rindukan arwah atuk,jadi kerap terbawa kat mimpi. sungguh,dilla rindu kat atuk,tu je atuk yang dilla sempat kenal,tu je atuk yang dilla ada selama ni. Atuk tu la yang selama ni manjakan dilla,atuk tu la yang selama ni marah dilla..tapi atuk tu jela yang selama ni dilla sayang dan dilla ada. Kadang-kadang bila dilla cerita pada orang lain,diorang kata tu cuma atuk,hmm kalaulah diorang faham betapa rapatnya kami. Keluarga dilla pun bukan keluarga yang besar,jadi bila atuk tak ada,secara drastik.kesunyian tu amat terasa,tapi apa yang dilla terkilan bila takda yang faham perasaan tu.
Mungkin sebab faktor famili,famili diorang ramai,tak macam dilla. ya Allah,dilla rindu kat atuk. atuk yang ceria,atuk yang selalu usik along dengan adik,atuk yang selalu manjakan abang,atuk yang selalu masakkan makanan yang sedap2 tuk kitorang,atuk yang selalu berebut tv dengan along bila atuk nak tengok berita,atuk yang tak pernah lupa untuk belikan kitorang jajan bila lepas balik jual kuih.....banyak sangat kenangan tu...
Tapi,tuhan lebih sayangkan atuk. atuk pergi pada usianya 58 tahun selepas hampir 20 tahun hidup bersama dilla. atuk...cuma satu along terkilan kat sini,sebelum atuk pergi,atuk ada cakap nak sangat tengok along masuk u,along ingat lagi pandangan mata atuk,along ingat lagi macamana atuk peluk along lepas along ambik keputusan STPM&maafkan along sebab terlambat tunaikan hasrat atuk,maafkan along sebab tak mampu buat atuk rasa bangga di saat atuk hidup...
Ketahuilah,kalau diberi 7 hari pun untuk dilla bercerita tentang atuk,takkan pernah cukup untuk dilla lakukanya,sebab,atuk terlampau istimewa untuk dilla sampaikan terlampau banyak perkara yang takkan pernah selesai untuk dilla ungkapkan tentang atuk...
Ya Allah,tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,kurniakanlah atukku kemudahan di alam kubur,lepaskanlah dirinya dari sebarang seksa baik seksa kubur mahupun azab api neraka,tempatkanlah dirinya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihani,bukakanlah seluas-luasnya pintu syurga dan tempatkanlah dirinya di syurga-syurga Mu yang terpilih...... amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment