Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan
sahabat”
(Riwayat Muslim)

sahabat... aku rindu diri mu memandangku dengan senyuman, tapi..mungkin khilaf diri ini, namun ketahuilah, tak
perlu dirimu menjauh dari diri ini, andai ada salahku, tak pernah sekali pun diri ini menahan untuk mengucapkan
kata maaf dari mu..
jujur, diri ini hanya insan biasa yang mudah tersentuh. taktala dirimu memandang dengan pandangan yang kosong,
di saat kita sedang bertarung dengan amanah yang penting demi masa depan masing-masing. sahabat, diri ini penuh
yakin dirimu sedia maklum perasaan diri ini, diri mu pernah sendiri merasa bagaimana diperlakukan sedemikian
suatu ketika kita berada pada suatu fasa yang sukar suatu masa dahulu. namun ketahuilah, diri ini hanya mampu
berdoa agar diri mu mengerti dan sekurang-kurangnya berilah sedikit ketenangan pada diri ini pada ketika kita
sedang bertarung
dengan ujian ini kerana kita semua sama, diri ini tanpa keluarga tercinta disisi, tiada beza dengan dirimu. diri
ini bukanlah seorang yang bijak berkata-kata dilaman muka buku dan meluahkan segalanya hingga diketahui seantero
manusia apa yang bergolak dihati kita masing-masing, kerana diri ini cukup percaya di atas sana, ada Yang Maha
Mendengar dan lebih mengerti dari segalanya lebih dari jutaan manusia di sini, namun fitrah manusia, tetap tewas
dek duniawi sehingga tercoret satu coretan buat diri kamu sahabat di sini, biarpun diri ini sedia mengerti yang
kamu semua tidak mungkin dapat membacanya. cukuplah diri ini sebagai sang penulis dan mengerti hati yang hebat
bergolak pada ketika ini. satu saja janji ku, insyaAllah selagi diri ini mampu, akan diri ini tetap berusaha
menjaga ukhwah antara kita semua biarpun kita semua datang dari latar yang beda. maafkan diri ini andai ada
menyinggung hati mu wahai sahabat.
diri ini mengerti impian mu...moga diri mu semua berjaya mengapainya...namun, pesanku biar dirimu tidak
mendengar, jangan lah dirimu biarkan warga disekeliling mu terasa suatu perasaan yang berat, kerana diri ini
hanya insan biasa, sahabat...
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat
dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan
kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…
No comments:
Post a Comment