
Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya
kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang
itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan
kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Begitulah besarnya penghormatan Islam buat insan yang bergelar ibu. Semua ini kerana terlampau banyak pengorbanan yang mereka lakukan buat anak-anak, sehinggakan Islam memberikan pelbagai ganjaran terhadap kaum hawa yang bergelar ibu sejak dari bermulanya kandungan di dalam perutnya sehinggalah ke kelahiran anak-anak mereka, iaitu :
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

- Begitulah Allah mengangkat golongan ibu yang menghargai kehadiran zuriatnya.
Maka, Khas buat mummy ku yang tercinta, terima kasih buat segalanya, entahkan diri ini mampu untuk tidak membalas jasa-jasa mu, terlalu banyak untuk ku coretkan tentang kasih sayang dan pengorbanan mu. semoga diri mu sentiasa dilindungi olh-Nya dunia dan akhirat, mummy............terima kasih....

# Lindungi ibu ku Ya Allah.........
No comments:
Post a Comment