Thursday, 29 November 2012
Nilai sebenar pengorbanan
Bismillahirrahmanirahim...
Abu (bukan nama sebenar), seorang lelaki berusia awal 40-an. Bagi Abu, dia telah
memiliki kehidupan yang superb hebat, dia merasakan bahawa hidunya telah lengkap,
masakan tidak, dengan harta yang melimpah ruah, rumah, kereta, pengawal peribadi,
syarikat besar, dia memiliki segala-galanya, tambah manis lagi, namanya sering
terpampang dia dada akhbar kerana sering mendermakan sejumlah wang kepada
mereka yang memerlukan. Kata Abu dalam sebuah wawancaranya bersama sebuah stesyen
televisyen terkemuka :
derma saya tidak seberapa, semua ini adalah pengorbanan saya untuk saudara sesama
Islam kita sendiri...
Pengorbanan...
Semudah itukah nilainya sebuah pengorbanan. Tulisan ini tidak menjurus kepada mana-mana pihak, ianya sekadar renungan dan ingatan bersama. Sesungguhnya nilai sebuah pengorbanan itu sangat subjektif, lebih-lebih lagi untuk agama Islam.
Namun, hari ini, fenomena masyarakat memandang enteng perihal hal-hal berkaitan agama kerap berlaku. Dengan mudah, masyarakat hari ini merasakan mereka sudah berkorban setelah menjalankan solat malam sekali dalam setahun atau menderma RM1 sedangkan harta berkepuk-kepuk. Begitulah resmi alam, kebaikan sendiri yang kecil sering dicanang-canang, keburukan sendiri disimpan-simpan.
Sebenarnya, dalam menilai nilai sebuah pengorbanan, rasanya ada sebuah kisah yang menarik. Ianya tentang kisah Mus'ab Bin Umair. Pemuda yang kaya raya hidupnya, dilimpahi kemewahan, pakaianya terpilih, minyak wanginya sangat mahal dan dia dikurnia wajah yang cukup tampan.
Dia bertuah, dalam keluarga, dia anak yang paling disayangi, ramai wanita tergilakanya. Namun disaat pintu hidayah menyapa dirinya, dia langsung meninggalkan segala kemewahan dan memilih untuk berjihad ke jalan Allah. Biarpun diusir keluarga, namun, pendiriannya tetap jitu.
Cinta Mus'ab pada Allah dan Islam kukuh hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Disaat matinya, dia syahid dijalan Allah, biarpun kedua-dua tanganya telah putus ditetak Quraisy, kuatnya iman mengatasi segalanya. lantas disambut panji Islam dengan kedua belah lengannya hinggalah Mus'ab syahid dihujani tusukan anak panah lawan.
Maka, persoalan mudah, dapatkah kita sekadar berpuas hati dengan amalan yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan seseorang yang bernama Mus'ab Bin Umair?.......
Tepuk dada, tanya iman..
Huallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment