Wednesday, 28 November 2012
Tolong ingatkan daku
Bismilahirmahmanirahim.......
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Hidup ini tidak bersendirian, maka, kita amat menerlukan orang-orang disekeliling kita untuk sentiasa memandu kita disaat kita sesat, membantu kita disaat kita buntu, menasihati kita disaat kita lemah...malah dalam Islam sendiri pun menerangkan bahawa manusia sesama Islam wajar ingat-mengingatkan antara satu sama lain..bukan untuk menjatuhkan, cuma sekadar memperbaiki diri.
"sahabat yang baik ialah sahabat yang bila kita memandangnya kita akan mengingati kematian"..sungguh, dilla ingin jadi sepertinya, cuma kadang-kadang dalam membina hablun minannas ni, terkadang lancang bicara, terlebih kata, terkasar gurau senda dilepaskan kepada insan namanya rakan.
Dalam proses memperbaiki diri, banyak sokongan dari luar yang dituntut. Percayalah, tidak mudah untuk berubah, maka, 'angakatan' yang ramai diperlukan untuk membantu diri ini. baik dari famili mahupun rakan taulan, ia sangat memberi sumbangan yang besar.
Dalam menjalani kehidupan, ramai yang ada keutamaan dan kepentingan kehidupan masing-masing yang ada masanya bertepatan dengan Islam, tetapi selalunya, tersasar daripada Islam. Ini berlaku sama ada kita sedar atau pun tidak sedar. Beruntunglah kalau kita sedar atau cepat sedar kerana kita mungkin dapat bertaubat dan membetulkan diri kembali ke jalan yang lurus sebelum ajal kita sampai. Tetapi amat rugilah kita sekiranya ajal kita menjemput kita sebelum kita tersedar atau disedarkan. Sebahagian ulamak mengajarkan bahawa sekiranya ada umat manusia yang tidak mendapat haknya mereka di dunia daripada kita, nescaya mereka berhak menuntutnya daripada kita di akhirat kelak. Justeru, pastikan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebaiknya...dan terkadang dilla mengharapkan kepentingan yang dilla kejar selari dengan tuntutanya, kerana itu, sekali lagi dilla tekankan mengenai 'bantuan' dari sekitar agar menegur andai diri ini tersasar.
Ingatan kita sesama Islam dengan tazkirah dan muhasabah sesama sendiri adalah sebagai tanda kita kasihkan saudara kita dan mahukan yang terbaik buat mereka sebagaimana kita mahu ia berlaku buat diri kita. Tidak sukakan kita kalau orang memberikan kita ilmu, peringatan, tunjukajar bahkan mendoakan kita? Janganlah diharapkan bila mati sahaja baru mahu mendoakan orang atau orang mahu mendoakan kita. Mulakanlah dan manfaatkan setiap umur yang ada semasa hidup dan sebaik sahaja ada peluang dan kesempatan. Baik semasa berhubung atau sebaik sahaja setiap selepas solat semasa kita memanjatkan doa kepada Allah SWT. Sedar atau tidak sedar rahsia berdoa kebaikan untuk umat Islam dan menghindari kejahatan musuh Islam sudah ada dalam qunut yang diajarkan Rasulullah SAW.
Semasa hidup inilah lebih utama kita saling doa-mendoakan, ingat-mengingatkan dan beramal-ibadah bersama-sama dan untuk sesama kita agar masing-masing berkesempatan beramal ibadah dan bertaubat apatah lagi kita ini hanya umat biasa yang tiada ma'sum daripada dosa dan noda. Dan bukankah bersama-sama berjemaah itu juga sudah sabit 27 kali ganda pahalanya pada solat dan keberkatan dan rahmatnya jika berada dalam satu majlis ilmu atau zikir dan doa?
Ingatlah! Orang-orang mukmin itu bersaudara dan senantiasa memperbaiki dan memperelokkan persaudaraan mereka daripada masa ke semasa. Janganlah ada di dalam hati-hati kita ini walau sedikitpun rasa tidak baik yakni niat jahat kepada sesama kita. Walaupun adakalanya kita memandang daripada sudut yang berbeza, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui........
tolong ingatkan daku..
wuallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment