Saturday, 15 December 2012
**Namanya Muhammad Al Fateh **
"Kota Konstantinople hanya akan dapat ditawan sekiranya ditadbir oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"
Bimillahirmahmanirrahim..
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Malah Nabi Muhammad sewaktu Perang Khandak ada mengatakan bahawa:
"Kota KOnstantinople akan jatuh ke tangan orang Islam, rajanya adalah sebaik-baik raja..."
maka, banyak misi perang telah dihantar bagi menawan semula kota tersebut ke tangan orang Islam, dicatatkan bahawa terdapat lapan kempen yang berlangsung bagi menawan semula kota tersebut, namun malangnya hampa, hal ini bukanlah bermakna pada zaman Uthmaniyah, Umaiyah dan Abassyiah tidak terdapat raja yang baik, namun mungkin terdapat kesilapan dalam kalangan tentera mahupun rakyat.
dan..siapakah raja yang terbaik itu?
Beliau adalah Sultan Muhammad Al Fateh..raja yang berjaya membentuk acuan Islam dalam kalangan para tentera dan jiwa rakyat sehingga mampu untuk menawan Kota Konstantinople.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Saat ketikanya Muhammad Al Fateh ingin menawan kota Konstantinople beliau telah memerhati dan memantau perilaku rakyat-rakyatnya, beliau telah menyamar sebagai pengemis dan meminta makanan, namun tindakan rakyat-rakyatnya nyata mengecewakan. lantas mereka ditarbiah sehingga pada akhirnya rakyat-rakyatnya hidup dalam jiwa Islam yang sebenar.
Begitu juag halnya dengan pasukan tenteranya. Beliau mendidik tenteranya dengan jiwa Islam secara menyeluruh, biarpun terpaksa berperang disiang hari, para tentera diingatkan agar sentiasa bertahajud kepada Allah dimalam hari, jangan menganggu para gadis dan menjadi tentera yang baik.
Biarpun membesar dalam kemewahan namun itu tidak sedikit pun mengoyahkan iman sang pemimpin agung ini. buktinya :
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Beliau memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian beliau bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Belaiu tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Beliau sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
akhirnya, dengan peribadi yang mulia, Kota Konstantinople berjaya ditawan, hadis Rasullulah semenjak 800 tahun sebelumnya berjaya direalisasikan oleh pemimpin yang terbaik bernama Sultan Muhammad Al Fateh......
#Bezanya peribadi Muhammad Al Fateh dengan pemimpin masa kini yang hanya mengejar pangkat, harta dan nama.......
wuallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment